Saturday 2 July 2011

BeriNgat sikit Bile KeTaWa ..

kucing over!

Abu Laits berkata:"Awaslah kamu dari ketawa berlebih-lebihan kerana ketawa mengandungi 8 bahaya :

Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.
Memberanikan orang bodoh kepadamu
Jika engkau bodoh nescaya betambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya.
Melupakan dosa-dosa yang lampau
Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak membekukan hatimu.
Melupakan mati dan akhirat
Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana ketawamu
Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis di akhirat.


hmm..bila tejumpa ayat ni kat blog mutiara hikmah Islam..rasa risau & takut plak.. maklumlah..akhir2 ni banyak ketawa tengok Maharaja lawak..antara kawan2 saya, saya lah yang paling lambat kenal & minat dengan Maharaja lawak ni, mula minat time futher study last sem..bile adik & the geng kecoh2 dengan rancangan tv ni..hmm..banyak lagi faktor yang membuatkan kita over ketawa sebenarnya bukan maharaja lawak jer..kadang2 teletah budak2 kecik pun boleh membuatkan kita ketawa terbahak2.

kalau dulu memang takut nak ketawa lebih 3 harkat...always cover..ilmu banyak lekat kat hati & kepala..takut lari, ceh!..taklah banyak sangat ilmu saya ni..maklumlah exam punya pasal, ketawa banyak2 ni kan boleh membuatkan kita lupa & hati pun boleh jadi gelap..& then orang pun kurang respect kepada mereka2 yang tak cover bila ketawa...lagipun.."buruk benor ghupenyer", lagi2 gadis ayu..hilang habis keayuannya..Beringatlah sikit bila ketawa ya..jangan over!

Antara 8 bahaya ketawa yang paling ditakuti adalah yang ke-8, yang mana ketawa terbahak2 itu menyebabkan banyak menangis di akhirat..oleh itu banyakkanlah menangis kerana Allah..& kerana dosa yang kita dah lakukan selama bermusafir di muka bumi ini. .

Pencinta dunia menangis,
kerana dunia yg hilang.
Perindu akhirat menangis,
kerana dunia yg datang.



No comments:

Post a Comment