Saturday 2 July 2011

iKLaN tv..fuh! melampau..


Tak dapat di nafikan iklan ni memainkan peranan penting untuk mempromosikan produk jualan. belambak2 iklan sama ada di media elektronik ataupun media cetak, yang saya nak bincangkan ni fokus pada pengiklanan barang2 jualan  seperti produk2 penjagaan diri atau kecantikan, tak kiralah kecantikan kulit, badan ataupun rambut. .

Paling tak setuju bilamana iklan2 yang seolah2 mempergunakan model wanita cantik untuk melariskan produk. ."bukan menipu ke namenya kalau produk pelangsingan bermodelkan artis yang memang dah sedia langsing sejak azali??" Produk kecantikan kulit pada artis yang dah sedia putih melepak?? Tak logik sungguh!..ambilah artis sebagai contoh ADIBA NOR untuk produk pelangsingan & NING BAIZURA kecantikan kulit (pencerah)..itu sekadar cadanganlah..tidak bermaksud mengecilkan hati mana2 pihak secara langsung @ tidak langsung..

Selain itu mempergunakan wanita cantik dalam iklan2 seperti automobil & barangan kemas....indah betul dunia ye..semua wanita2 cantik..ada kait mengait ke perempuan dengan kereta?? Takkan  beli kereta mewah niat nak tunjuk2 @ pikat wanita cantik..kesian..baik naik kereta buruk yang exzos jatuh tu..kalau perempuan boleh jatuh hati memang bertuahlah kamu wahai lelaki2 sebab..wanita tersebut tidak memandang pada harta tapi pure love sama kamu..memang jamin bukan materialistik, terima kamu seadanya & baik hati... insyaAllah~ =D...bukan apa cuma rasa rendah sungguh martabat orang perempuan dengan iklan2 sebegitu. .

Antara iklan lain yang tak berapa nak bekenan, kalau perasan iklan tu menggunakan ayat lebih kurang macam ni "anda akan di hujani wanita"...eeuuww..wanita seksi plak tu yang turun..nampak seolah2 memperbesar2kan nafsu..bagi yang sedarlah..& then iklan losyen..lembut sangat la konon...cuba bagi pada wanita2 yang mempunyai masalah kulit, contoh berkurap ke, yang ada scar ke..yang memang kasar semula jadi ke..kulit tak boleh lembut halus sekadar hanya dengan menggunakan losyen je..major pergi SPA, cuci berus sampai licin, makan produk2 organik & mengambil masa yang agak lama nak bagi cantik...hard gak la..bukan just pakai losyen sekali terus lembut licin..iklan over! macamlah just dengan memakai losyen sahaja dah sehalus kulit bayi..isk.isk..orang perempuan juga yang tertipu..org laki plak bayang yang macam2..yang bujang duk bayang bakal bini cantik molek kulit licin gebu gitu..isk.isk...kesian org laki..(STOP! thinking like that lah brother) nafsu semata..cari yang cantik dalaman..I means tengok hati budi & agama dia..jangan terpengaruh sangat dengan iklan.

hmm..duk discuss berkenaan iklan ni sebab perkembangan iklan yang semakin menjadi2, impak dia kepada minda masyarakat terlampau kuat, kalau kita tengok, berduyun2 wanita shopping alat2 kosmetik setiap kali keluar iklan baru..demi untuk kelihatan cantik & muda, sampai berbotok2 & berhabisan beribu2 ringgit pun ada, sebab produk yang diiklankan tu tidak berkesan, tak salah kalau nak beli, tapi niat tu kena jaga, ikut kemampuan jangan sampai membazir, lepas tu perlu pandai memilih produk, jangan sampai tertipu..lebih baik dapatkan juga nasihat doktor berkenaan masalah yang dihadapi, takut bertambah teruk masalah tu..lagipun bukan semua produk sesuai dengan kondisi badan kita..setiap orang tu berbeza..

Iklan2 yang ditayangkan pula perlu lebih telus, buktikan pada umum menggunakan testimoni yang betul, buat kajian terlebih dahulu, jangan fokus kepada keuntungan terus, utamakan kualiti. Bimbang menganiayai pengguna dengan kenyataan yang palsu & tak klinikal. Selain itu perlu menjaga etika dalam mengeluarkan iklan, no need to over seksi. perlu berhati2 tu..dah makin melampau iklan sekarang ni..makin lama makin  open..open sungguh!!..barangan yang sulit pun dah mula dipromosikan terang tang tang skrg ni, dengan diolog yang turut open...open minded lah sangat.. lagi 10 tahun tak tahulah open tahap apa, uishh..maluu.. maluu..maluu...

No comments:

Post a Comment