Wednesday 26 October 2011

semua pasal kerja. .

Lama dah tak menulis kat blog ni..alasan yang biasa di dengar adalah sibuk..

semenjak kerja ni..jarang2 menjengah ke blog2 & melayan FB..hari2 minggu plak di manfaatkan sepenuhnya untuk berehat, lagi best kalau balik kampung..

alhamdulillah dapat gak kerja walau gaji tak seberapa terutamanya bila bergelar sekadar incubator marketing utk bulan pertama dan kedua..apa pn..nasihat untuk diri sendiri agar tidak mudah berputus asa..asal yang banyak adalah dari yang sedikit..kesenangan yang diperoleh melalui 1000 kepayahan menimbulkan plus+++ berjuta-juta kemanisan.. : )

Asal saje mahu berusaha..tiket degree & m.a dah ada..tinggal tingkatkan ilmu, kemahiran, pengalaman untuk lebih berdaya saing..skrang ni tak bleh sangat nak memilih kerja..asal ada peluang, tak salah kita mencuba even qualification kite tinggi..try bergaul & bekerja dengan orang bawah..coz bila jadi bos nanti kita bleh faham orang bawahan..insyaAllah. .

Tiba-tiba teringat pasal nak jadi pensyarah, bila tengok pensyarah2 muda kat tempat kerja ni..rase terpanggil untuk turut serta berjuang dalam bidang pendidikan level IPT..semoga cita-cita ni tercapai..klu bukan sekarang, mungkin 3 @ 5 tahun akan datang..ameen....hehe.. sebelum ni tak minat kerja pensyarah..baru sekarang ada hati nak jadi pensyarah.. kena improve confident level & general knowledge..,dulu cite2 nak jadi cikgu jer..mintak gak KPLI Jqaf..baru lepas Mtest..ehemm2..still mintak KPLI walaupn dah ade m.a......tak akan pernah putus asa..!!

as incubator in marketing ni kena belajar & usaha lebih tuk naik as executive tuk bulan ketiga..macam ni rupenye sistem marketing kat IPTS..baru faham..kebanyakan staf2 marketing mereka agak agresif..tak suka duduk diam terutamanya bahagian mulut..hehe..kena bercakap jer..maklumlah nama pn TELEMARKETING. hari2 bergayut kat telefon..macam2 emosi ade..ada yang respond positif ada plak yang negatif..kadang2 jadi kaunselor gak..bukan senang rupenye jadi marketer & consultant tuk student ni..macam2 jenis student ade..

minggu pertama dah ada kes student perempuan panjat balkoni belakang rumah tuk ke rumah student lelaki kat sebelah..dah lah curi2 masuk ikut rumah staff..dasyat kan?????dah la bangunan kondominium ni tinggi..kalau tersilap langkah panjat tu..sure patah kaki..paling kurang pn pecah kepala kot..innalillahi wainna ilaihi rajiun..actually mana2 IPTA & IPTS pn ada kes2 setara pelik macam ni..

Mohon berlindung daripada perkera buruk & kebejatan akhlak manusia zaman global..juga mohon di berikan hidayah agar sentiasa mengingati Allah..sesungguhnya dengan rahmat dan kasih sayang Allah kita masih diberi peluang untuk menghirup udara segar..seharusnya kita bersyukur dengan mantaati perintahnya dan tidak melakukan perkara yang dilarang...nasihat tuk diri sndiri gak. .

Sunday 24 July 2011

Belajar Bahasa Jawa 2


Nasi Ambeng (makanan tradisi jawa)

Jom belajar bahasa jawa.. =D

Masih bermula dengan abjad “A”, tapi yang ni BAHASA MELAYU-BAHASA JAWA..

1-Abang = Kakang
2-Ada = Eneng
3-Agar-agar = Lengkong
4-Akrab = Rapet
5-Ambil = Njikuk
6-Anda/awak = Kowe
7-Anggap/sangka = nyongko
8-Ansur/sikit-sikit = sitik-sitik
9-Api = Geni
10-Apa = Opo
11-Atas = Nduwor
12-Atuk = Mbah
13-Ayuh/jom = Yok

Ayat

Ayat kacang rebus je, means senang nak ingat..nah!

1-ngeleh mbanget = Lapar sangat
2-kesel temenan/kesel tenan/kesel banget = Penat sangat
3-Dino iki arek lungo dolan lah = Hari ini nak pergi jalan-jalan lah.


(p/s: Kata sama erti/sinonim mbanget=temenan=tenan=tenanan)


Selamat mempraktik!


 jangan pening2 k =D

Tuesday 12 July 2011

Bakso jawa

nyum2!! bakso cinta..heheh

Ambik resepi ni dari internet, dah lupa daripada web or blog sape ntah, lama dah berniat nak masak bakso ni, ntah bila nak masaknya..kalau soto, mee jawa, mee hailam, laksa tu selalu la gak. .tak payah tengok resepi. . .bakso ni wajib la tengok resepi sebab tak pernah masak. . .saya kenal bakso ni kat kedah bukan kat selangor, yola dah belajo pun kat kedah. .roomate kelantan saya suka makan & dia cakap yang bakso ni makanan orang jawa..saya garu kepala sambil mendongak ke langit..dalam hati berkata2.."kenapa aku tak taw pun. .mak pun tak pernah masak...huhu"..rasanya bakso ni menu dari indonesia kot. .

K, sape2 yang berminat makan bakso..jom! kita masak sama2 lepas ni. .kalau awak malas masak, pegi beli bahan..meh saya masakkan.. =D

Bebola Daging
Bahan-bahan:
Daging hancur (ayam/lembu/kambing/campuran) – 2kg
Bawang putih – 12 ulas (3ulas/ ½ kg daging)
Tepung ubi kayu (nk pakai tepung jagung pun bleh)
Putih telur – 4 biji
Garam (secukup rasa)
Serbuk lada hitam (black pepper) – sekadar perlu
Minyak bijan (sesame oil) -sekadar menghilangkan bau



(p/s: ade gak yg tambah kiub ayam, serbuk penaik & serbuk ketumbar..pepun ikut cita rase anda lah ye. .)

Cara-cara:
1) Kisar daging hancur bersama bawang putih dan udang sehingga lumat dan sebati.
2) Masukkan daging yang telah dikisar tadi ke dalam bekas/mangkuk besar
3) Masukkan tepung ubi kayu ke dalam bekas berisi daging dan uli sehingga sebati.
4) Masukkan putih telur,garam,serbuk lada hitam dan minyak bijan ke dalam bekas dan uli sekali lagi sehingga sebati.
5) Tambah tepung ubi kayu jika adunan daging masih lagi ‘melekat-lekat’ di tangan.
6) Panaskan air di dalam periuk
7) ‘Gentel’ atau nama rasminya bentuk-bentukkan daging menjadi bebola-bebola kecil dan masukkannya ke dalam periuk yang berisi air panas tadi. Tunggu sehingga bebola daging ‘terapung’ sebelum di angkat (mcm ondeh-ondeh)
9) Rendam bebola daging di dalam air sejuk selama 5-10 minit bagi tujuan pengerasan.
10) Bebola daging sudah sedia untuk dimakan.

Resepi Sup:
Bahan-bahan
serai & lengkuas-ketuk
bawang putih *
bawang merah@besar*
buah keras* (yang tanda *-bahan kisar)
air rebusan bebola
tulang lembu
kuib pati lembu/ayam
serbuk lada hitam
daun limau purut
buah pala – sedikit je,parut dulu ye
garam secukup rasa
mee kuning @ bihun
kobis-hiris halus
taugeh
cili kicap
bawang goreng

Cara-cara

1. Untuk sup, rebus bahan kisar, serai, lengkuas, daun limau purut, tulang lembu dan kiub daging.
2. Masukkan bebola daging.Letak garam secukup rasa. Biar sup mendidih dan siap.

Cara makan:
-Letak mee dalam pinggan.Taburkan kubis, dan taugeh.Tuang sup dan bebola.Taburkan bawang goreng.
-Sedap makan dengan kuah@sambal kicap cili api.



InsyaAllah pasti sodap!!, bebola daging make sure superb!!. .

Sunday 3 July 2011

Belajar Bahasa Jawa..FREE

Songkok jawa yang paling popular
 Songkok jawa style

Mari belajar bahasa jawa ----> just free!!

Bermula dari abjad A

1-Abang = Merah
2-Arek/Arep = Mahu
3-Akeh = Banyak
4-Apik = Elok
5-Ambong = Cium
6-Alis = Kening
7-Atos = Keras
8-Abot = Berat
9-Amoh = Lembut
10-Adoh = Jauh
11-Adus =Mandi

11 perkataan je untuk kali ini, selebihnya next post..insyaAllah. .

Selamat menghafaz....sikit-sikit, lama-lama pandailah. . =D =D

**Sebut betul-betul..bimbang lari makna =D

Ayat 
1)Iki songkok wong jowo, apik kan?podo koyo wong indonesia.
(Ini songkok orang jawa, cantik kan?sama seperti orang indonesia)
2)Nek arek pandeh, keneng rajin
(Kalau nak pandai,perlu rajin)

p/s: Pakar-pakar bahasa jawa yang budiman, andai kata ada kesilapan atau penambahbaikan, boleh lah berkongsi idea dan membuat teguran. Terima Kasih..

Saturday 2 July 2011

BeriNgat sikit Bile KeTaWa ..

kucing over!

Abu Laits berkata:"Awaslah kamu dari ketawa berlebih-lebihan kerana ketawa mengandungi 8 bahaya :

Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.
Memberanikan orang bodoh kepadamu
Jika engkau bodoh nescaya betambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya.
Melupakan dosa-dosa yang lampau
Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak membekukan hatimu.
Melupakan mati dan akhirat
Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana ketawamu
Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis di akhirat.


hmm..bila tejumpa ayat ni kat blog mutiara hikmah Islam..rasa risau & takut plak.. maklumlah..akhir2 ni banyak ketawa tengok Maharaja lawak..antara kawan2 saya, saya lah yang paling lambat kenal & minat dengan Maharaja lawak ni, mula minat time futher study last sem..bile adik & the geng kecoh2 dengan rancangan tv ni..hmm..banyak lagi faktor yang membuatkan kita over ketawa sebenarnya bukan maharaja lawak jer..kadang2 teletah budak2 kecik pun boleh membuatkan kita ketawa terbahak2.

kalau dulu memang takut nak ketawa lebih 3 harkat...always cover..ilmu banyak lekat kat hati & kepala..takut lari, ceh!..taklah banyak sangat ilmu saya ni..maklumlah exam punya pasal, ketawa banyak2 ni kan boleh membuatkan kita lupa & hati pun boleh jadi gelap..& then orang pun kurang respect kepada mereka2 yang tak cover bila ketawa...lagipun.."buruk benor ghupenyer", lagi2 gadis ayu..hilang habis keayuannya..Beringatlah sikit bila ketawa ya..jangan over!

Antara 8 bahaya ketawa yang paling ditakuti adalah yang ke-8, yang mana ketawa terbahak2 itu menyebabkan banyak menangis di akhirat..oleh itu banyakkanlah menangis kerana Allah..& kerana dosa yang kita dah lakukan selama bermusafir di muka bumi ini. .

Pencinta dunia menangis,
kerana dunia yg hilang.
Perindu akhirat menangis,
kerana dunia yg datang.



iKLaN tv..fuh! melampau..


Tak dapat di nafikan iklan ni memainkan peranan penting untuk mempromosikan produk jualan. belambak2 iklan sama ada di media elektronik ataupun media cetak, yang saya nak bincangkan ni fokus pada pengiklanan barang2 jualan  seperti produk2 penjagaan diri atau kecantikan, tak kiralah kecantikan kulit, badan ataupun rambut. .

Paling tak setuju bilamana iklan2 yang seolah2 mempergunakan model wanita cantik untuk melariskan produk. ."bukan menipu ke namenya kalau produk pelangsingan bermodelkan artis yang memang dah sedia langsing sejak azali??" Produk kecantikan kulit pada artis yang dah sedia putih melepak?? Tak logik sungguh!..ambilah artis sebagai contoh ADIBA NOR untuk produk pelangsingan & NING BAIZURA kecantikan kulit (pencerah)..itu sekadar cadanganlah..tidak bermaksud mengecilkan hati mana2 pihak secara langsung @ tidak langsung..

Selain itu mempergunakan wanita cantik dalam iklan2 seperti automobil & barangan kemas....indah betul dunia ye..semua wanita2 cantik..ada kait mengait ke perempuan dengan kereta?? Takkan  beli kereta mewah niat nak tunjuk2 @ pikat wanita cantik..kesian..baik naik kereta buruk yang exzos jatuh tu..kalau perempuan boleh jatuh hati memang bertuahlah kamu wahai lelaki2 sebab..wanita tersebut tidak memandang pada harta tapi pure love sama kamu..memang jamin bukan materialistik, terima kamu seadanya & baik hati... insyaAllah~ =D...bukan apa cuma rasa rendah sungguh martabat orang perempuan dengan iklan2 sebegitu. .

Antara iklan lain yang tak berapa nak bekenan, kalau perasan iklan tu menggunakan ayat lebih kurang macam ni "anda akan di hujani wanita"...eeuuww..wanita seksi plak tu yang turun..nampak seolah2 memperbesar2kan nafsu..bagi yang sedarlah..& then iklan losyen..lembut sangat la konon...cuba bagi pada wanita2 yang mempunyai masalah kulit, contoh berkurap ke, yang ada scar ke..yang memang kasar semula jadi ke..kulit tak boleh lembut halus sekadar hanya dengan menggunakan losyen je..major pergi SPA, cuci berus sampai licin, makan produk2 organik & mengambil masa yang agak lama nak bagi cantik...hard gak la..bukan just pakai losyen sekali terus lembut licin..iklan over! macamlah just dengan memakai losyen sahaja dah sehalus kulit bayi..isk.isk..orang perempuan juga yang tertipu..org laki plak bayang yang macam2..yang bujang duk bayang bakal bini cantik molek kulit licin gebu gitu..isk.isk...kesian org laki..(STOP! thinking like that lah brother) nafsu semata..cari yang cantik dalaman..I means tengok hati budi & agama dia..jangan terpengaruh sangat dengan iklan.

hmm..duk discuss berkenaan iklan ni sebab perkembangan iklan yang semakin menjadi2, impak dia kepada minda masyarakat terlampau kuat, kalau kita tengok, berduyun2 wanita shopping alat2 kosmetik setiap kali keluar iklan baru..demi untuk kelihatan cantik & muda, sampai berbotok2 & berhabisan beribu2 ringgit pun ada, sebab produk yang diiklankan tu tidak berkesan, tak salah kalau nak beli, tapi niat tu kena jaga, ikut kemampuan jangan sampai membazir, lepas tu perlu pandai memilih produk, jangan sampai tertipu..lebih baik dapatkan juga nasihat doktor berkenaan masalah yang dihadapi, takut bertambah teruk masalah tu..lagipun bukan semua produk sesuai dengan kondisi badan kita..setiap orang tu berbeza..

Iklan2 yang ditayangkan pula perlu lebih telus, buktikan pada umum menggunakan testimoni yang betul, buat kajian terlebih dahulu, jangan fokus kepada keuntungan terus, utamakan kualiti. Bimbang menganiayai pengguna dengan kenyataan yang palsu & tak klinikal. Selain itu perlu menjaga etika dalam mengeluarkan iklan, no need to over seksi. perlu berhati2 tu..dah makin melampau iklan sekarang ni..makin lama makin  open..open sungguh!!..barangan yang sulit pun dah mula dipromosikan terang tang tang skrg ni, dengan diolog yang turut open...open minded lah sangat.. lagi 10 tahun tak tahulah open tahap apa, uishh..maluu.. maluu..maluu...

Thursday 30 June 2011

Kerja oh! kerja. .


"Poningnyo kepalo den!!. ." satu rungutan kecil bagi individu2 yang still tak dapat2 kerja lagi seperti saya..hehe. .saya ni dah TAMAT study since mac 2011 hari tu..apply merata2..feedback tak ada lagi pun, pilu di hati Allah sahajalah yang tahu..ujian2..mgkin utk mengajar diri ini untuk menjadi seorang yang tinggi usaha & sabarnya... wallahu'alam..

Paling sedih bila apply DPLI & KPLI tak dapat2, apakah mungkin aku ini tidak layak jadi cikgu..entahlah..tapi minat mengajar budak2 sebenarnya..pelik kan minat mengajar budak2 sekolah menengah atau rendah, tapi di suruh apply tutor & lecture tak nak la plak..lebih suka mengajar budak2..padahal gaji lecture lagi besar...well..saya ni kalau tak minat dengan sesuatu tu, even gaji tinggi mana pun..saya tetap tak nak!....wahh..bunyi macam budak degil ni!....degil atau keras kepalakah aku?? Ya, mungkin. . .

Apa pun. . rezeki Allah tu luas...tingkatkan usaha anda..mungkin Allah nak bagi kerja dalam tempoh & kondisi yang lebih & yang paling..sesuai...usaha, usaha, usaha. .!!, even kerja tu kita tak minat or maybe kontrak ke..terima jelah..bukan mudah zaman ni nak dapat kerja..terlalu banyak graduan lepasan degree & master..yang penting niat kita kerja untuk ibadah, Ya Allah mg dipercepat & dipermudahkan..amin~~ 

Doakan saya moga dimurahkan rezeki & bila kerja nanti saya mampu memberikan komitmen yang baik..paling penting dalam kerja adalah saya mampu memuaskan hati semua/majoriti..mg Allah memberikan aku kebijaksanaan dalam mengendalikan kerja..Inilah yang ada dalam kotak pemikiran saya sekarang ni...SOAL KERJAYA??SIAPAKAH SAYA DLM BIDANG KERJAYA??DAN MAMPUKAH SAYA MENGGALAS AMANAH & TANGGUNGJAWAB??

Moga kerja yang saya dapat nanti banyak membantu melancarkan urusan dunia dan akhirat & diniatkan ibadah kerana Allah. .nak gak jadi macam abang2..& yang pastinya berguna kepada agama, bangsa & negara..(fuh! besar cita2..macam nak jadi askar je. .)

p/s: Latest ni mohon as lect kt p.d & then officer kat UKM..Doakanlah saya ye..x sabo rasenye nak kerja..kurang2 dapat la bayar hutang kerajaan & sikit2 buat jaminan future nanti... = D